NMS Durian bermula daripada minat mendalam terhadap durian dan pengalaman sendiri mencari rasa yang betul-betul puas di hati. Kami percaya, setiap isi durian yang baik bukan hanya datang dari pokok yang elok, tapi juga dari cara ia dipilih, dikendalikan, dan disampaikan kepada pelanggan. Dengan pengalaman mengurus bekalan terus dari kebun terpilih di Pahang dan Johor, kami fokus kepada tiga jenis utama: Musang King, Udang Merah dan durian kampung asli. Setiap durian yang kami jual telah melalui tapisan kualiti yang ketat — dari pemilihan, pembungkusan hingga penghantaran. Kami hanya keluarkan apa yang kami sendiri sanggup makan dan bangga nak beri kepada keluarga.
Jenis Durian Bergred
Staf Berpengalaman
Pelanggan Berpuas Hati
Tan Durian Dikeluarkan
"Rasa Solid, Jantung Berhenti Sekejap!"
Menjadi Jenama Durian No.1 di Malaysia – Simbol Keaslian, Kualiti & Kebanggaan Tempatan
Menghidangkan Durian Malaysia Yang Paling Asli & Berkualiti Tinggi
NMS Durian komited dalam menyediakan durian berkualiti tinggi terus dari ladang ke tangan pelanggan. Kami bukan sekadar penjual durian — kami adalah pencinta durian yang percaya pada kualiti, kejujuran, dan kepuasan pelanggan.
Produk kami sah diperakui sebagai organik yang berkualiti.
Kami menguruskan sendiri ladang durian kami – memastikan kawalan penuh dari proses penanaman hingga ke penghantaran.
Tanpa orang tengah, kami mampu tawarkan harga yang kompetitif tanpa menjejaskan kualiti.
Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam industri durian, kami tahu apa yang pelanggan mahu – dan kami pastikan anda dapatkannya.
Copyright 2025, nmsdurian.com.